Saturday, May 14, 2011

Pandangan tentang ini....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hari ini untuk mengisi masa lapang aku,aku ada satu pendapat tentang kite rakyat Malaysia dan Amerika.Pada pembaca blog aku ni,ia sekadar pendapat dan pandangan aku dan ia bukan satu kenyataan yang dating dari mana-mana pihak.Kalau lah kenyataan ini (pendapat dan pandagan aku) menyakitkan hati atau tidak sama dengan pandangan kamu semua jangan lah pulak menghina dan menyaman aku ye.hahaa...
Malaysia sebuah Negara Islam manakala America  sebuah Negara yang berbaik rapat dengan Israel.Kita semua tahu tentang Negara Israel dan kaum yahudi yang memusuhi umat islam dari zaman rasulallah lagi.
Dan dengan itu ramai rakyat Malaysia mengencam America apabila America menyerang Iraq dan Afghanistan.

Berdasarkan daripada itu,aku sebagai rakyat Malaysia dan beragama islam merasakan tindakan America menyerang Iraq dan Afghanistan adalah satu tindakan yang amat dikesali.Dan baru-baru ini tindakan tentera Nato menyerang Libya juga amat aku kesali.

Tapi pada pendapat aku tentang serangan Negara luar terhadap Negara-negara islam itu kerana daripada kesilapan umat islam itu sendiri.Umat islam yang sering bergaduh sesame sendiri demi kepentingan politik yang berbeza,kezaliman pemerintah, dan sebagainya menyebabkan Negara-negara kuasa besar seperti America mengambil kesempatan untuk menyerang terutama Negara islam.Pada pendapat aku kite tidak boleh menyalahkan 1pihak sahaja iaitu America tetapi perlu melihat kesalahan pihak Negara islam itu sendiri yang selalu tidak bersatu melawan musuh islam bahkan mereka bergaduh sesame umat mereka.

Dan berkenaan Malaysia dan America bagi pandangan aku ia adalah satu hubungan dua hala yang amat baik.Ini tidak bermakna aku menyokong ape yang America telah lakukan kpd Negara-negara islam tetapi apabila Malaysia mengadakan hubungan ini diharapkan Malaysia dapat merubah pandangan barat dan America terhadap islam..
Dan bagi aku kite tak perlu menolak barat dan mengecam barat kerana apa yang perlu dilakukan umat islam sekarang ialah memperbaiki pandangan America dan barat terhadap islam dan Negara islam.dan janganlah kita umat islam bergaduh sesame islam kerna haluan politik yang berbeza.
Dan jangan salahkan penjajah kalau Negara ini dijajah sekali lagi walaupun kita tahu kesalahan tu datangnya dari kita sendiri.Janganlah kita sekadar membenci America dan barat walhal kite selalu membeli barangan barat..
sekian terima kasih....

No comments:

Post a Comment