Wednesday, March 6, 2013

Ada Untukmu...

Assalamualaikum....


Dalam beberpa bulan dr januari 2013 sampai sekarang sudah masuk mach pelbagai, bebagai, bermacam benda yg berlaku disekeliling kita.. Daripada benda yg baik sampailah benda-benda buruk yg berlaku aku berharap kejadian itu dapat memberikan kita satu kebaikan yg tersirat disebaliknya.

Hari ni aku tergerak hati untuk berblogging pasal SAHABAT. Maybe sebelom ni aku ada juga tulis pasal kawan or sahabat ni tp ari ni tajuk dia lain sikit sebab AKU SENTIASA ADA UNTUKMU SAHABAT.

Bersahabat ialah saat yg paling indah dlm kehidupan. Sahabat merupakan insan yg selalu mengambil berat tentang kita dan sedia menghulurkan bantuan ketika kite memerlukan. Tidak dapat aku bayang kan hidup seseorang tanpa sahabat.  Selain prinsip "memberi" dan "menerima" kite sering kali terlepas dengan prinsip "bersedia". Seseorang yg mahukan kemanisan dalam persahabatan perlu bersedia menjadi yg terbaik dlm sesebuah persahabatan.

Afiq
Perlunya kita menegur sahabat kita jika mereka lakukan kesalahan dan besedia berkongsi kegembiraan bersama mereka. Indahnye jika aku dapat kawan yg sering menasihati aku jika aku melakukan kesalahan dan dapat menerima teguran aku jika dia melakuakan kesilapan. Kerana aku tau aku tidak sebaik dan sealim malaikat yg setia taat kepada Allah s.w.t.

Kajian menunjukan yg pengaruh kawan atau sahabat kepada diri kita remaja lebih besar drpd pengaruh parents. So jika kite bersahabat dengan orang yg dapat menasihati kite jika kita salah itu lebih membawa kite menuju ke jalan yg betul. Seseorang sahabat yg baik mesti sayang sahabat-sahabat nye seperti diri mereka sendiri.

Bersahabat memang indah. Orang yg kite kenal hari ini akan menjadi sahabat kita pada hari-hari seterusnya. Begitulah indahnye sebuah persahabatan. Macam aku minggu lepas sahabat aku yg baru aku kenali 2bulan lalu di tempat aku berkerja ditamatkan contract nye oleh syarikat pada hari terakhir tersebut perasaan aku bermacam-macam sebak, sedih gelisah dan mcm2.. Even if aku hanya mngenali dia dlam masa yg singkat tp aku terlalu rapat dengan nya sehingga aku menganggap dia sebagai adik aku sendiri. Pemergian nya membuat aku rasa sedih dan kehilangan.

kelakar je muka aku haha
Khairil Fahmi & Me
Tapi aku berharap persahabatan ini tidak berakhir sampai di sini sahaja. Walaupun tidak berada ditempat yg sama aku berharap PERSAHABATAN INI kekal keakhirnya INSYA-ALLAH.

Akhir kata JAGALAH PERSAHABAT KITA agar diReadhai ALLAH dan carilah SAHABAT yang mampu bawa kite ke SYURGA bukan SEBALIKnya...

No comments:

Post a Comment