Wednesday, July 18, 2012

Sejadah dibentangkan

Sebelum Sejadah Dibentangkan……. Assalamualaikum. Menitis air mata aku bile mengenangkan dosa-dosa yg aku pernah lakukan. Tapi itulah ia insaf hanya sekejap esoknya kita melakukan dosa lain pulak. Bila keinsafan tiba-tiba datang dan kita try berjanji untuk tidak mengulanginya lagi dan berharap setiap ape dosa yg kita nk buat xakan kita lakukan, tetapi semngat dan ape yg diinginkan itu hanyalah sementara sahaja. Tidak terkira dosa yg pernah aku lakukan semenjak aku baligh lagi dan jugak boleh dikira ape kebaikan yg aku buat. Aku tahu aku bukan seorang hamba yg menurut segalah perintahNya tetapi aku try setaip kali untuk berubah tetapi ianya hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Setiap manusia ade keburukanya dan manusia itutidah perfect itulah ungkapan yg sering kluar drpd mulut setiap manusia termasuk diri aku sendiri. Untuk menjadi perfect ianya amatlah sukar. Aku kadang2 terpikir dah brape kali aku tinggalkan solat subuh dan solat-solat yg lain?? Dan bile sejadah ini mahu dibentangkan untuk aku menunaikan solat 5kali sehari tanpa meninggalkan 1 pun solat? -Subuh adelah solat yg selalu aku skip ini kerana aku memang susah nk bangu waktu pagi. Aku tahu ia satu dosa dan aku try set kan alarm jam tp I can’t! Adakah ini menunjukkan iman aku lemah selemah jiwa aku? Kalau aku duk rumah mak/ayah or nenek aku akan kejutkan aku solat subuh tp bile dah berasingan ia memenag sukar dilakukan. Kadang-kadang aku terpikir setiap kali solat subuh ditinggalkan kita akan berada dalm nenraka selama puluhan tahun, dan aku xtahu untuk menghitung dah berapa lama aku xsolat subuh? -Solat zohor,asar,maghrib Alhamdulillah aku jarang tinggalkan solat-solat ini.Walaupun kadangkala kemalas itu muncul tp aku cuba untuk solat. -Isyak solat terakhir yg sememangnya waktunya amat lama senhingga subuh keesokan harinya. Alhamdulillah aku lepas balik rumah, mandi dan solat.. Sebelum Sejadah dibentangkan untuk aku solat aku mahu dan berharap yg aku akan berubah kearah yg lebih baik dari sekarang.Dan aku juga berharap tuhan Allah s.w.t memeberikan aku petunjuk dan menguatkan iman aku dr nafsu dan godaan syaitan. Aku tahu iman aku lemah untuk melawan nafsu yg sering berkuasa. Dan aku berharap bila aku berada diatas sejadah aku dpat berdoa dan berharap Allah memakbulkan doa aku. ~sesungguhnya aku seorang hamba yg lemah. “INGATLAH KAMU SETIAPKALI SOLAT YG INI ADALAH SOLAT YG TERAKHIR.”

No comments:

Post a Comment