Monday, June 18, 2012

Mandi Hadas!!

Assalamualaikum..

Ok ari ni aku just nk cerita dan ambil lah ia sebagai iktibar kepada kita para  remaja sekalian yg sudah akhil baligh.

"Sebuah Riwayat mengisahkan seorg lelaki setelah menemui ajalnya. Sewaktu jenazah hendak diturunkan kedlm liang lahad, suasana digemparkan dengan kemunculan seekor binatang menyerupai kucing dlm liang lahad itu. Mereka cuba menghalaunya, malangnya binatang itu sngt benggis dan menggerunkan. Kukunya mencakar2 kayu yg dihala kearahnya."


"Akhirnya kaum kerabat si mati decide  untuk menggali liang yg lain., namun binatang yg sama tetap ada dlm liang lahad tersebut. Jenazah terpaksa ditanam bersama-sama binatang itu. Sebaik tanah ditimbus mereka terkejut mendegar bunyi yg menggerunkan dr dlm kubur.


Bunyi mcm daging dan tulang simati dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas.


"Si mati seorang yg berbudi pekerti mulia.Malangnya sepanjang perkhawinanya dia tak pernah mandi wajib setiap kali selepas bersama dgn isterinya".

Oklah itu ceritanya berkenaan mandi hadas atau mandi wajib ni.
So bagi aku dan ini adalah pendapat akulah tetang mandi wajib ni, kita dah diajar berkenaan benda ni sejak sekolah rendah lagikan. Ia juga diulang lagi waktu kita sekolah menengah..

Ok aku akui yg aku lupa ape yg diajar waktu sekolah rendah,sebab waktu tu kita xperlu lagi mandi hadas ni tp bile dah menengah aku mula rasa perlunya mandi ni untuk menyempurnakan amalan aku. So aku baca buku KAFA yg ak dpt dr pihak sekolah. Yelahkan kalau nk tnya bende2 mcm ni malu so lebih baik kita baca.

Dari ape yg aku baca aku practice xfaham baca lagi.xcukup buku internet belambak cara2 mandi wajib. So xde alasan kita xtau. Kalau ade bende2 yg mcm keliru selepas baca dr pihak yg berlainan ape kata kita try tnye member2 kita yg maybe mereka tau. Mcm aku, aku try tnye ape yg buat aku keliru.. Heey dgn parent memang aku malu tp dgn KAWAN semua cerita kita share.

 So klau dgn kwn pon nk malu xtau lah aku,..
Sesungguhnya Ilmu Itu ada Dimana-mana. So sape yg xtau dan xpernah ambiklah iktibar dr riwayat diatas dan trylah belajar cara-caranya.


Ringkasan mandi wajib berdasarkan dalil adalah :
(daripada : http://yaakhiii.blogspot.com/2011/12/mandi-wajib.html )
wajib:
  • Niat.
  • Meratakan air ke seluruh badan.
sunat:
  • Membaca Bismillah.
  • Mencuci tangan sebanyak 3 kali.
  • Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  • Menggosok tangan kiri ke tanah lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
  • Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
  • Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
  • Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
  • Meratakan air ke seluruh badan.Termasuk ke semua lipatan tubuh seperti ketiak dan celah kangkang. (termasuk dalam perkara2 yang diwajibkan)
  • Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.


Antara persoalan2 yang sering menjadi tanda tanya :

  • Doa apakah yang perlu dibaca semasa mandi wajib?
-Tiada apa-apa doa yang perlu dibaca sebelum mahupun semasa mandi wajib. Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajarnya. Wallahua'lam..
  • Wajibkah mencangkung ketika mandi wajib?
- Tidak wajib. Tiada dalil mewajibkannya. cuma digalakkan, agar air mudah rata ke segenap lipatan.
  • Sah tak mandi wajib tanpa wudhu'?
-Sah. Wudhu' sunat sahaja.
  • Bolehkah mandi wajib dalam keadaan berbogel??
-Boleh dengan syarat tempat mandi itu tertutup dan tiada CCTV. Mandi wajib itu sah walaupun berbogel.
  • Apakah sah mandi wajib hanya dengan berniat dan mandi dengan membasah seluruh tubuh saja? tanpa mengikuti urutan mandi wajib diatas?
-Insya-Allah sah kerana syarat sah ialah air rata seluruh tubuh walau tidak mengikut turutan. Tetapi sewajarnya mengikut turutan yang diajarkan oleh Rasulullah kerana itu adalah sunnahnya.
  • Bagaimana bila kita lepas mandi wajib yang kita yakin bersih..tetapi andai kata lepas setengah hari atau beberapa jam berlalu tiba2 ada mcm tahi telinga yang berada di cuping telinga..atau tahi mata yang keluar..adakah sah mandi kita jika ada tertinggal najis tersebut?
- Tahi telinga dan tahi mata bukanlah najis. Dan ia tidak memberi sebarang kesan kepada mandi wajib yang dilakukan.
  • Apakah mandi wajib kita jika semasa kita mandi, terkeluar air kencing?
- Tetap sah mandi wajib, dan tidak perlu diniat dari awal.
  • Adakah benar, ada ulama yang mengatakan tidak batal wuduk andai kita telah selesai mandi wajib?
-yer, ada ulama yang menggunakan kaedah, dengan kita mengangkat yang besar maka yang kecil akan terangkat sekali, dengan makna, setelah kita selesai mandi wajib (mengangkat hadas besar) kita tidak perlu lagi mengambil wuduk, melainkan kita telah melakukan perkara-perkara yang membatalkanya. waAllahu a'lam.

  • Semasa meratakan air ke seluruh badan ketika mandi wajib dan meratakan air ke kemaluan sama ada dubur mahupun zakar, adakah batal wuduk?
- Jika menurut mazhab Syafie yang menyatakan batal jika sentuh kemaluan, maka batallah ia. Tetapi mandi wajib tetap sah.
  • Adakah perlu untuk seseorang mandi hadas besar sekiranya keluar air mazi sahaja?
-Tidak perlu. Yang perlu hanya mencuci kemaluan dan tempat terkena air mazi. Yang wajib mandi ialah apabila keluar mani.
  • Semasa mandi wajib apabila kita terpegang atau sengaja pegang kemaluan kita..adakah mandi wajib kita sah??
- Ya, mandi wajib kita sah. Ia tidak membatalkan mandi wajib, hanya sahaja ia membatalkan wudhu menurut sebahagian ulama’ berdasarkan hadis yang menunjukkan ia batal.
  • Kalau kita melambatkan mandi wajib kira-kira dalam seminggu atau 2minggu apakah hukumnya?
-Jika sudah tidak mandi wajib, bagaimana dengan solat? Meninggalkan solat haram. Tetapi, jika tidak menjejaskan solat, tidak mengapa. Cuma, kita hendaklah menyegerakan mandi wajib untuk menyucikan badan.
  • Bolehkah mandi wajib diikuti mandi biasa iaitu memakai syampu dan sabun pada badan?
-Boleh tiada masalah insya-allah.
  • Adakah betul jika kita beronani ataupun menyentuh kemaluan kita dan air mani keluar tetapi sebelum ini kita belum bermimpi ..?
-Ya benar, seandainya keluar mani, maka wajib mandi.
  • Boleh tak kalau kita mandi wajib dengan air sungai atau air kolam renang?
-Boleh tiada masalah, Insya-allah.
  • Benarkah jika mandi wajib kite tidak boleh bersentuhan dgn kemaluan atau hanya boleh menggunakan belakang tapak tangan dan jika menggunakan tapak tangan atau jari maka tidak sah mandi wajib itu?
-Tidak benar, boleh sahaja menyentuh dengan telapak tangan. Tiada dalil menyatakan tidak boleh, dan mandi wajib sah Insya-allah..
  • Kalau selepas mandi wajib, badan saya terkena sisa air mani yg masih basah di atas katil,apakah hukumnya?
-Tidak perlu mandi wajib semula. Tiada apa-apa masalah. Wallahua’lam
  • Sy ingin bertanya..jika menonton video lucah akan menyababkan air mani keluar..adakah perlu mandi wajib seperti mandi wajib keluar haid?
-Ya, wajib mandi bila keluar mani. Dan wajib bertaubat kerana menonton video lucah. Ia satu dosa.


Wa Allahu a'lam..

ISLAM ITU BERSIH
(Bukan Bersih 3.0)