Sunday, August 5, 2012

Adakah tuhan menerima taubatku ini??

Pagi yg hening..Aku baru selesai mengerjakan solat sunat taubat.Entah mengapa aku rasa pagi ni aku nk sangat solat taubat. Maybe aku rasa aku dah terlalu banyak buat dosa sepanjang aku bernafas dan berada di dunia ini.

Pada mulanya aku xtau pon mcmne nk solat taubat tp selepas aku Google aku dah sedikit ilmu tentangnya. Tanpa berlegah aku mandi dan bersiap untuk solat isyak.Selepas solat isyakaku terus melakukan solat taubat.

Sayu hati bile mengenangkan dosa-dosa yg telah aku lakukan.Bile difikirkan balik aku takut,risau,khuatir dengan balasan yg aku akan terima nanti di alam kubur dan alam barzah. Aku xnk siksan itu dan aku takut tentangnya.

Tapi dengan membawa jasad berupa Manusia aku sering melakukan dosa tanpa aku mahu melakukanya. Maybe aku digoda syaitan ataupun aku terlalu ikutkan hawa nafsu aku sendiri.
Setiap kali aku melakukan dosa aku akan insaf sekejap dan selepas semuanya kurasakan ok aku ulangi balik dosa itu.

Tapi malam/pagi ni aku merasakan cukuplah dengan insaf sekejap aku.Aku mahu taubat aku dan keinsafan ini boleh berkekalan sampai aku mati dan dapat membawa aku ke syurgaMu Allah! Pada saat ini aku hanya berasa bersalah dah klau boleh aku xnk bende2 buruk menimpa aku dan dgn itu aku mengerjakan solat sunat taubat ini.

Tapi adakan Allah menerima taubat aku ini??
Setelah banyak kali aku insaf dan berkata pd diri aku xkan ulanginya lagi tp last-last aku buat lagi... Adakah Allah akan terima taubat dan keinsafan aku yg telah banyak kali aku langgar??

"Ya Allah hanya kau je dapat memberikan aku petunjuk dan menerima taubat aku ni"

AKu just nk luahkan perasaan aku..kpd pembaca semua..
AKU TAU AKU SEORANG INSAN YG LEMAH!
Taubat dan keinsafan hanya Allah yg tahu...

No comments:

Post a Comment