Thursday, August 16, 2012

Malaysian Day's and National Days

Assalamualaikum..

Lagi seminggu kita dah nk raya, sungguh cepat masa berlalu bagaikan baru semalam kita berpuasa.Lepas ni kita umat islam akan ditinggalakan bulan ramadhan yg penuh dengan keberkatan dan akan didatangi syawal bagi merayakan umat islam diseluruh dunia setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Dalam kegembiraan kita menyambut syawal jgn kita lupa pulak selang beberpa hari kita akan menyambut pula hari kemerdekaan Malaysia yg ke-55 dengan Tema JANJI DITEPATI.. Wahh sudah 55tahun kita merdeka satu jangka masa yg lama.Alhamdulillah Malaysia masih lagi aman dan makmur walaupun ade sedikit masalah drpd pihak2 yg xbertanggunjawab untuk menjatuhkan Malaysia.

Sesungguhnya aku amat berbangga menjadi Malaysian dilahirkan denagara yg aman makmur sejahtera ini. Kita boleh begerak kesana-kesini tanpa ade halangan dan sekatan. Anak-anak kecil juga bebas bermain, gelak tawa mereka meriahkan lagi suasana harian kita orang dewasa.

Bagi aku belajarlah kita rakyat Malaysia erti kesyukuran.Bersyukurlah dengan keaman dan kesejahteraan negara ni, bersyukurlah negara kita xdijajah,ditindas,disiksa. Jangan kita leka dan tidah tau untuk bersyukur. Janganlah kita membuat pekara-pekara yg boleh menjatuhkan kestabilan negara,keaman negara,kemakmuran negara demi memenuhi matlamat  induvidu yg belom tentu tujuanya. Jangan nanti YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG TERCICIR.

And September 16 kita pula akan menyambut Malaysian days sempena kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Kalau nk cerita balik memang penatlah nk menaip so baca sendiri ok..hahaha

HAPPY NATIONAL DAYS AND MALAYSIAN DAY!!
and SELAMAT HARI RAYA!!.

Sunday, August 5, 2012

Adakah tuhan menerima taubatku ini??

Pagi yg hening..Aku baru selesai mengerjakan solat sunat taubat.Entah mengapa aku rasa pagi ni aku nk sangat solat taubat. Maybe aku rasa aku dah terlalu banyak buat dosa sepanjang aku bernafas dan berada di dunia ini.

Pada mulanya aku xtau pon mcmne nk solat taubat tp selepas aku Google aku dah sedikit ilmu tentangnya. Tanpa berlegah aku mandi dan bersiap untuk solat isyak.Selepas solat isyakaku terus melakukan solat taubat.

Sayu hati bile mengenangkan dosa-dosa yg telah aku lakukan.Bile difikirkan balik aku takut,risau,khuatir dengan balasan yg aku akan terima nanti di alam kubur dan alam barzah. Aku xnk siksan itu dan aku takut tentangnya.

Tapi dengan membawa jasad berupa Manusia aku sering melakukan dosa tanpa aku mahu melakukanya. Maybe aku digoda syaitan ataupun aku terlalu ikutkan hawa nafsu aku sendiri.
Setiap kali aku melakukan dosa aku akan insaf sekejap dan selepas semuanya kurasakan ok aku ulangi balik dosa itu.

Tapi malam/pagi ni aku merasakan cukuplah dengan insaf sekejap aku.Aku mahu taubat aku dan keinsafan ini boleh berkekalan sampai aku mati dan dapat membawa aku ke syurgaMu Allah! Pada saat ini aku hanya berasa bersalah dah klau boleh aku xnk bende2 buruk menimpa aku dan dgn itu aku mengerjakan solat sunat taubat ini.

Tapi adakan Allah menerima taubat aku ini??
Setelah banyak kali aku insaf dan berkata pd diri aku xkan ulanginya lagi tp last-last aku buat lagi... Adakah Allah akan terima taubat dan keinsafan aku yg telah banyak kali aku langgar??

"Ya Allah hanya kau je dapat memberikan aku petunjuk dan menerima taubat aku ni"

AKu just nk luahkan perasaan aku..kpd pembaca semua..
AKU TAU AKU SEORANG INSAN YG LEMAH!
Taubat dan keinsafan hanya Allah yg tahu...