Ok ari ni aku just nk cerita dan ambil lah ia sebagai iktibar kepada kita para remaja sekalian yg sudah akhil baligh.
"Sebuah Riwayat mengisahkan seorg lelaki setelah menemui ajalnya. Sewaktu jenazah hendak diturunkan kedlm liang lahad, suasana digemparkan dengan kemunculan seekor binatang menyerupai kucing dlm liang lahad itu. Mereka cuba menghalaunya, malangnya binatang itu sngt benggis dan menggerunkan. Kukunya mencakar2 kayu yg dihala kearahnya."
"Akhirnya kaum kerabat si mati decide untuk menggali liang yg lain., namun binatang yg sama tetap ada dlm liang lahad tersebut. Jenazah terpaksa ditanam bersama-sama binatang itu. Sebaik tanah ditimbus mereka terkejut mendegar bunyi yg menggerunkan dr dlm kubur.
Bunyi mcm daging dan tulang simati dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas.
"Si mati seorang yg berbudi pekerti mulia.Malangnya sepanjang perkhawinanya dia tak pernah mandi wajib setiap kali selepas bersama dgn isterinya".
Oklah itu ceritanya berkenaan mandi hadas atau mandi wajib ni.
So bagi aku dan ini adalah pendapat akulah tetang mandi wajib ni, kita dah diajar berkenaan benda ni sejak sekolah rendah lagikan. Ia juga diulang lagi waktu kita sekolah menengah..
Ok aku akui yg aku lupa ape yg diajar waktu sekolah rendah,sebab waktu tu kita xperlu lagi mandi hadas ni tp bile dah menengah aku mula rasa perlunya mandi ni untuk menyempurnakan amalan aku. So aku baca buku KAFA yg ak dpt dr pihak sekolah. Yelahkan kalau nk tnya bende2 mcm ni malu so lebih baik kita baca.
Dari ape yg aku baca aku practice xfaham baca lagi.xcukup buku internet belambak cara2 mandi wajib. So xde alasan kita xtau. Kalau ade bende2 yg mcm keliru selepas baca dr pihak yg berlainan ape kata kita try tnye member2 kita yg maybe mereka tau. Mcm aku, aku try tnye ape yg buat aku keliru.. Heey dgn parent memang aku malu tp dgn KAWAN semua cerita kita share.
So klau dgn kwn pon nk malu xtau lah aku,..
Sesungguhnya Ilmu Itu ada Dimana-mana. So sape yg xtau dan xpernah ambiklah iktibar dr riwayat diatas dan trylah belajar cara-caranya.
Ringkasan mandi wajib berdasarkan dalil adalah :
(daripada : http://yaakhiii.blogspot.com/2011/12/mandi-wajib.html )
wajib:
- Niat.
- Meratakan air ke seluruh badan.
- Membaca Bismillah.
- Mencuci tangan sebanyak 3 kali.
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
- Menggosok tangan kiri ke tanah lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
- Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
- Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
- Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
- Meratakan air ke seluruh badan.Termasuk ke semua lipatan tubuh seperti ketiak dan celah kangkang. (termasuk dalam perkara2 yang diwajibkan)
- Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.
Antara persoalan2 yang sering menjadi tanda tanya :
- Doa apakah yang perlu dibaca semasa mandi wajib?
- Wajibkah mencangkung ketika mandi wajib?
- Sah tak mandi wajib tanpa wudhu'?
- Bolehkah mandi wajib dalam keadaan berbogel??
- Apakah sah mandi wajib hanya dengan berniat dan mandi dengan membasah seluruh tubuh saja? tanpa mengikuti urutan mandi wajib diatas?
- Bagaimana bila kita lepas mandi wajib yang kita yakin bersih..tetapi andai kata lepas setengah hari atau beberapa jam berlalu tiba2 ada mcm tahi telinga yang berada di cuping telinga..atau tahi mata yang keluar..adakah sah mandi kita jika ada tertinggal najis tersebut?
- Apakah mandi wajib kita jika semasa kita mandi, terkeluar air kencing?
- Adakah benar, ada ulama yang mengatakan tidak batal wuduk andai kita telah selesai mandi wajib?
- Semasa meratakan air ke seluruh badan ketika mandi wajib dan meratakan air ke kemaluan sama ada dubur mahupun zakar, adakah batal wuduk?
- Adakah perlu untuk seseorang mandi hadas besar sekiranya keluar air mazi sahaja?
- Semasa mandi wajib apabila kita terpegang atau sengaja pegang kemaluan kita..adakah mandi wajib kita sah??
- Kalau kita melambatkan mandi wajib kira-kira dalam seminggu atau 2minggu apakah hukumnya?
- Bolehkah mandi wajib diikuti mandi biasa iaitu memakai syampu dan sabun pada badan?
- Adakah betul jika kita beronani ataupun menyentuh kemaluan kita dan air mani keluar tetapi sebelum ini kita belum bermimpi ..?
- Boleh tak kalau kita mandi wajib dengan air sungai atau air kolam renang?
- Benarkah jika mandi wajib kite tidak boleh bersentuhan dgn kemaluan atau hanya boleh menggunakan belakang tapak tangan dan jika menggunakan tapak tangan atau jari maka tidak sah mandi wajib itu?
- Kalau selepas mandi wajib, badan saya terkena sisa air mani yg masih basah di atas katil,apakah hukumnya?
- Sy ingin bertanya..jika menonton video lucah akan menyababkan air mani keluar..adakah perlu mandi wajib seperti mandi wajib keluar haid?
Wa Allahu a'lam..
ISLAM ITU BERSIH
(Bukan Bersih 3.0)