Sebuah kisah di bulan Ramadhan,diceritakan kembali oleh seorang yg telah insaf...
Bulan Ramadhan datang lagi,maknaya tibalah bulan yang menguji kekuatan iman dan kesabaran kita.Masa tu aku duk kat hostel.Bila dah jauh dengan parents i perangai kita kadang-kadang pon over acting...
Hari tu balik dari sekolah,macam biasa aku uji kekuatan iman kawan aku Mirul.Dan macam biasa,iman nya senipis Ipad2.Baru je aku cerita pasal ayam bapak aku kene langgar die terus ajak aku ponteng puasa.Pantang dengar bunyi perkataan ayam.
Sampai kat hostel,macam biasa kami terus pergi ke bilik kwn2 kamcing kami yang lain untuk ambik order.Ini kire nak ponteng puasa secara berkumpulanlah ni.Masa ni bolehlah buat bisnes sikit.Siapa yg nak order tu kami ambiklah duit sikit sebagai upah.Kalau sorang lime posen atau seringgit,10 orng lepas lah duit tuk nasi kami berdua.
Kalau nk ponteng puase setakat makan biskut kering dengan air kosong baik tak payah buat penat je.Menu kegemaran kami ialah ayam madu dan sirap limau.Baru bebaloi nk buka puasa.Dah selesai ambik order,tugas aku lah pulak membelinya.Kat mane lagi kalau bukan kat kedai mamak.Bulan puasa ke,raya kew,Thaipusam ke,mana pernah tutup kadai ni.
Untuk keselamatan,aku pakai topi senang nak cover muka.Manalah tau terserempak dengan bakal Mak mentua nanti....Paling penting kene bawak 1beg galas yg dibiarkan kosong.Yelah,xkan selamber BIRI-BIRI nak bawak dalam beg plastik masuk asrama.Nampak kat warden mau kene hukum jadi orang gaji die,untuk satu sem.
Masuk je kedai mamak mesti pantas,yakin dan fokus pada matlamat asal.Jangan nak layan tengok bola pulok...Dengan muka yg xbersalah ak order dan tunggulah sampai siap.Pastu campak je pesanan tu masuk dlm beg dan blaa...buat ape tunggu lame2...Nak mampos..
Sampai kat hostel di hati ni dah meronta-ronta nak makan.Ayam madu ni sebelum ni nmpak biase je,tapi bile bulan puasa lain sikit goyanganya.Perut pon dah menyanyi..
Masa naik tangga terserempak pulak dengan warden.Dengan muka pelajar pintar,aku bagi salam dan terus panjat anak tangga.
Nanti kalau bersembang lama-lama takot pulak warden terbau ayam madu.
Nampaknye semua dah ok.
Waktu baru je nak supan yg pertama tiba-tiba pintu bilik kami diketuk.Masuk suapan kedua pintu dah kene terajang dah.Tergamam kami bile disergah oleh warden asrama.Mane die tau xtiviti kami ni??sape yang dah pecah lobang ni??Atau maybe antara kami yg update status Facebook 'Tengah makan tengah hari di bulan ramadhan'.
Selepas dibicarakan aku dan kawan-kawan didapati bersalah dan aku mendapat hukuman paling berat pasal akulah penganjurnye...Dendanya ialah membasuh toilet,memotong rumput,siram pokok dan mengecat bangunan asrama selama satu sem......
(Petikan daripada majalah kanak-kanak)
No comments:
Post a Comment