Tuesday, June 21, 2011

Adakah Tuhan Mendengar??

Sejak dari kecil lagi aku diajar sembahyang oleh parents aku.Kalau aku xsolat satu waktu nyanya ak kene nanti.Sampai sekarang kalau ak duk kat umah ak selalu ditanya 'dah solat ke'
kalau aku jawab belom lagi habis ak kene membebel dan dileteri....
So ak sembahyang....kadang-kadang ada jugak aku tinggal hehehe...

Selepas solat ak selalulah jugak berdoa untuk hidup aku dan kejayaan dalam pelajaraan.Tapi selama ak berdoa bertahun-tahun lamanya kenapa satu doa pun xditunaikan oleh Allah kepada aku??
Kadang-kadang aku tertanya jugak
Adakah allah mendengar doa aku??
dan adakah allah xmenunaikan doa aku kerana aku buat dosa?Tapi aku fikir balik orang lain pun ade jugak buat dosa tapi doa diorang termakbul jugak.mereka berjaya dalam pelajaran dan dalam kehidupan.
Aku xmenafikan yang aku jugak buat silap dan dosa,itu bagi aku lumrah dan aku berusaha untuk menjadi yang terbaik.Tapi aku cuma berasa_______ kenapa tuhan tak menunaikan doa ak.
Adakah dosa aku bertanya sedemikian?Aku percaya  kepada kewujudan Allah dah semua ape yang aku belajar tentang agama..Niat dan ape yang aku luahkan dalam ni bukan bererti aku tidak percaya kpd tuhan(allah) cuma aku mau tahu ape sebabnye.....Aku juga mempunyai perasaan,dan bila aku kurang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan itu membuat aku berasa lain macam..
Harap sesiapa yang baca ni aku cuma mahu pandangan dan nasihat.......kerana aku bukanlah seorang yang baik dan sempurna dan aku masih lagi mencari ilmu untuk hidup ini....

2 comments:

  1. Pertama: jangan putus asa dengan rahmat Allah. Adakah Allah mndengar doa aku? Ya. definitely. sbb Allah maha mendengar. dalam lafaz Basmallah, kita kata, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi....
    Bila org yg banyak dosa dapat semua yang dia nak dalam hidup, ingat, itu diberikan Allah atas sebab Allah itu maha pemurah. Kadang2, Allah bagi apa yg mereka nak, sebab itu merupakan "ISTIDRAJ" iaitu pemberian yg diberikan Allah atas sebab Allah nak mengejek manusia itu agak terus jauh darinya, sbb selama ini manusia tak pernah bersyukur.

    Apa yang kita patut minta ialah, semoga Allah makbulkan doa kita atas dasar SIFAT ALLAH YANG MENGASIHI HAMBANYA DAN SIFAT PEMURAHNYA. mohon dijauhkan dari istidraj.

    Kita selalu pandang pada apa yg kita tak dpt, sehingga kita lupa bejuta-juta nikmat Allah yg telah dikurniakan kepada kita. Tapi, tak salah meminta dan mengharap, cuma, tanamkan kefahaman bahawa tak semua yg kita nak akan diberikan Allah.

    NABI MUHAMMAD SAW, insan paling mulia dan sempurna, insan yang paling dimakbulkan doanya, tetap tidak dapat sesetengah perkara yang dipohon kepada ALLAH. Cthnya: Abu Talib ialah bapa saudara Nabi yg sangat baik sikapnya dan mengasihi nabi dan sentiasa membantu perjuangan islam, tapi dia mati dlm keadaan Kafir walaupun sepanjang hayatnya, Nabi tidak putus2 berdoa agar Abu Talib diberi hidayah oleh Allah.

    So... jangan terlalu down, percaya pada konsep hikmah. setiap ketentuan Allah ada hikmah yang tersembunyi, kita je yg tak nampak.

    Kadang-kadang doa kita tak cukup ikhlas. ataupun, kita dah bg yg terbaik, tapi Allah masih tidak mahu bagi apa yg kita pohon sbb Allah suka hamba-hambanya meminta, sbb dgn meminta, kita rapat pada Allah.
    Allah berfirman dalam Al-Quran 'berdoalah kepadaku, nescaya akanku kabulkan,
    itu janji Allah, so yakinlah pada Allah...

    Tapi, kalau kita masih tak dpt juga apa yg kita nak, jangan terus berburuk sangka dengan Allah, sbb, pasti ada sesuatu yang lebih baik bagi kita yang telah dikurniakan oleh Allah.

    Lastly... dlm hidup, jgn terlalu taksub dengan "MENERIMA'... cukupkan hati dengan sifat "MEMBERI"... sebab realitinya, hamba-hamba Allah ini hanya memandang pada "MENERIMA", bukan "MEMBERI".... cukupkah ibadah aku untuk menerima kurnia sebesar ini Ya Allah???????

    ReplyDelete
  2. terimasss.....saya akan terus berdoa..insyallah

    ReplyDelete