Saturday, September 29, 2012

Only In Malaysia...


ONLY IN MALAYSIA & JUST MALAYSIAN….

After few months aku xgi pantai, so baru2 ni aku gilah pantai dgn family aku.. Bile kiteorang sampai je sana keseronokan tu dah mula menurun coz keadaan environment pantai tu kotor giler mcm tempat pembuangan sampah. Dengan tin-tin kosong, plastic, dan sisa mkanan bersepah-sepah. I think it only in Malaysia and just Malaysian yg sanggup buat mcm ni kat kawasan tempat kite semua nak bersantai,ber picnic dgn family.
Aku tertanya2 kenapalah Malaysian ni xsayangkan Negara mereka sendiri? Mereka ni xmalu ke kat tourist yg dtg dr luar Negara, when they see mcm ni rakyat Negara islam menjaga Negara.. Sedangkan ISLAM itu sendiri mengajar kita untuk menjaga kebersihan tetapi kenapa kita xikut ajaran tersebut.

Bukan kat beach dan tempat riadah lain je tp kat tandas-tandas mall yg menjadi tumpuan tourist pon kotor contohnye tandas kat ALAMANDA, PUTRAJAYA. Ya Allah bile aku masuk je bau nye busuk giler, dengan system utilities nye xmemuaskan. Aku pon hairan kenapalah rakyat kita ni xreti nk mngunakan kemudahan yg ade dan mnjaganye mcm harta sendiri? Lepas guna tu tolonglah pam air tu and tisu-tisu lepas guna buanglah ia ketempat yg disediakan.

Ermm kite pon xboleh nk salahkan Malaysian 100% but we must change our attitude untuk mnjadikan rakyat kita maju mcm Singaporean and ikot budaya Jepun, dan barat yg lain. Kite sebagai Malaysian mestilah rasa bertanggungjawab keatas ape yg kite lakukan kpd Negara.
Hal ini perlu dididik dr awal lagi. Kalau si ayah membuang sampah dr tingkap kereta di depan anak-anak likewise si anak ank akan ikut cara si ayah buat, kemana xtumpahnya kuah kalau tidak kenasi. So please lah jadikan yourself seorg g bertanggunjawab menjaga kebersihan Negara kita.
Jangan biarkan Malaysia mnjadi tandas2 emit a bad smell bile kite memasukinye.
ASSALAMUALAIKUM.. 

Wednesday, September 19, 2012

Kejujuran dalam Sebuah Persahabatan.


Kejujuran Dalam Sebuah Persahabatan.
Assalamualaikum dah salam sejahtera.
Alhamdulillah ketika aku mencari idea untuk tajuk  dan artikel ini aku baru saje selesai menonton movie tentang persahabatan. Citernye xperlulah aku huraikan panjang lebar tp pengajaran yg aku dpt dr citer ni adalah pentingnya kejujuran dalam esebuar perhubungan sama ada hubungan persahabatan mahu pun hubungan cinta.
            Bagi aku kawan,teman,member,sahabat mempunyai makna yg sama tp erti yg berbeza. KAWAN - dimana kita mengenali seseorang itu dan bekawan mcm biasa tidak terlalu rapat mahupun erat.
Manakala SAHABAT - bagi aku ia adalah hubungan mengenali seseorang dengan lebih dekat.Kita tau semua hal menganainya tiada yg tersembunyi mahupun disembunyikan. Sahabat bererti kita bersedia susah senang bersama. Bak kata pepatah kwn ketawa senang dicari tapi kawan yg bersedia menangis bersama kita ia amat sukar untuk dicari.
Kawan yg susah bersama kita akan aku anggap dia adelah sahabat. Aku membesar di kawasan desa dimana di sana xde ape yg boleh aku lakukan jika tiada kawan. Dari aku kecik aku berkawan dgn seorang teman karib aku, die tua setahun dari aku dan yg penting die perempuan. Waktu aku masuk darjah satu sampai darjah lima kiteorang pegi dan balik sekolah bersama. Di sekolah pulak kiteorang memang rapat sampai satu tahap cikgu-cikgu dan kwn-kwn aku ingatkan dia kakak aku. Semua orng ingat mcm tu tapi hakikatnye kami adelah jiran dan persahabatan kami memang rapat giler.
Waktu die form 1 aku keeorangan dan 1st sem waktu darjah enam memang susah untuk aku bergerak sendirian tanpe sahabat aku tu. Rasa macam aku xde ape2 kosong. Tapi aku kene terima hakikat yg aku terpaksa ikut haluan hidup aku sendiri tanpa nya. Dan hingga ekarang kiteorang still bekawan tp hubungan itu tidak lagi seperti dulu. Oleh kerana semua dah meningkat dewasa masing2 dah ade rasa malu nk betegur sapa walaupun kami jiran dan pernah jadi sahabat karib dlu.
Itulah memory yg xakan aku lupakan. Persahabatan itu indah jika kita jujur dalam sebuah persahabatan. Jujur bermaksud, kita xkhianati sahabat kita tu dan bagi seluruh kepercayaan kpd nye, dan kite jugak perlu percaya kpdnya.
Kini aku ade ramai jugak kawan tp untuk cari seorang SAHABAT amat sukar kerana biasanya mereka suka mengkhianati kite. Lagipun jika kwn ramai aku terpaksa menjaga hati semua pihak coz xsemua kwn kita like each other. The bottom of that aku berkawan dgn sape yg mahu kawan dgn aku je, sebab aku boleh terima semua jenis mereka asalkan mereka sudi berkawan dgn aku.
Ikhlas dan jujurlah dalam sesebuah persahabatan kerana ia akan mengukirkan senyuman sepanjang persahabatan itu. Jika kita mula dengan pengkhianatan atau pembohongan ia hanya manis pd awalnye tetap pahit selama-lamanya…………..
##Bagi aku xperlu ramai kwn jika kita ade SAHABAT SEJATI..

Thursday, August 16, 2012

Malaysian Day's and National Days

Assalamualaikum..

Lagi seminggu kita dah nk raya, sungguh cepat masa berlalu bagaikan baru semalam kita berpuasa.Lepas ni kita umat islam akan ditinggalakan bulan ramadhan yg penuh dengan keberkatan dan akan didatangi syawal bagi merayakan umat islam diseluruh dunia setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Dalam kegembiraan kita menyambut syawal jgn kita lupa pulak selang beberpa hari kita akan menyambut pula hari kemerdekaan Malaysia yg ke-55 dengan Tema JANJI DITEPATI.. Wahh sudah 55tahun kita merdeka satu jangka masa yg lama.Alhamdulillah Malaysia masih lagi aman dan makmur walaupun ade sedikit masalah drpd pihak2 yg xbertanggunjawab untuk menjatuhkan Malaysia.

Sesungguhnya aku amat berbangga menjadi Malaysian dilahirkan denagara yg aman makmur sejahtera ini. Kita boleh begerak kesana-kesini tanpa ade halangan dan sekatan. Anak-anak kecil juga bebas bermain, gelak tawa mereka meriahkan lagi suasana harian kita orang dewasa.

Bagi aku belajarlah kita rakyat Malaysia erti kesyukuran.Bersyukurlah dengan keaman dan kesejahteraan negara ni, bersyukurlah negara kita xdijajah,ditindas,disiksa. Jangan kita leka dan tidah tau untuk bersyukur. Janganlah kita membuat pekara-pekara yg boleh menjatuhkan kestabilan negara,keaman negara,kemakmuran negara demi memenuhi matlamat  induvidu yg belom tentu tujuanya. Jangan nanti YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG TERCICIR.

And September 16 kita pula akan menyambut Malaysian days sempena kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Kalau nk cerita balik memang penatlah nk menaip so baca sendiri ok..hahaha

HAPPY NATIONAL DAYS AND MALAYSIAN DAY!!
and SELAMAT HARI RAYA!!.

Sunday, August 5, 2012

Adakah tuhan menerima taubatku ini??

Pagi yg hening..Aku baru selesai mengerjakan solat sunat taubat.Entah mengapa aku rasa pagi ni aku nk sangat solat taubat. Maybe aku rasa aku dah terlalu banyak buat dosa sepanjang aku bernafas dan berada di dunia ini.

Pada mulanya aku xtau pon mcmne nk solat taubat tp selepas aku Google aku dah sedikit ilmu tentangnya. Tanpa berlegah aku mandi dan bersiap untuk solat isyak.Selepas solat isyakaku terus melakukan solat taubat.

Sayu hati bile mengenangkan dosa-dosa yg telah aku lakukan.Bile difikirkan balik aku takut,risau,khuatir dengan balasan yg aku akan terima nanti di alam kubur dan alam barzah. Aku xnk siksan itu dan aku takut tentangnya.

Tapi dengan membawa jasad berupa Manusia aku sering melakukan dosa tanpa aku mahu melakukanya. Maybe aku digoda syaitan ataupun aku terlalu ikutkan hawa nafsu aku sendiri.
Setiap kali aku melakukan dosa aku akan insaf sekejap dan selepas semuanya kurasakan ok aku ulangi balik dosa itu.

Tapi malam/pagi ni aku merasakan cukuplah dengan insaf sekejap aku.Aku mahu taubat aku dan keinsafan ini boleh berkekalan sampai aku mati dan dapat membawa aku ke syurgaMu Allah! Pada saat ini aku hanya berasa bersalah dah klau boleh aku xnk bende2 buruk menimpa aku dan dgn itu aku mengerjakan solat sunat taubat ini.

Tapi adakan Allah menerima taubat aku ini??
Setelah banyak kali aku insaf dan berkata pd diri aku xkan ulanginya lagi tp last-last aku buat lagi... Adakah Allah akan terima taubat dan keinsafan aku yg telah banyak kali aku langgar??

"Ya Allah hanya kau je dapat memberikan aku petunjuk dan menerima taubat aku ni"

AKu just nk luahkan perasaan aku..kpd pembaca semua..
AKU TAU AKU SEORANG INSAN YG LEMAH!
Taubat dan keinsafan hanya Allah yg tahu...

Friday, July 27, 2012

Kita Masih Mampu Smile!

Assalamualaikum.


Syukur Alhamdulillah aku di lahirkan di bumi bertuah ini Malaysia. Negara yg aman dan damai, dan paling penting kita masih mampu senyum dan ketawa. Ini kerana diri merasa bangga,bertuah berada dlm negara yg aman tiada pergaduhan kaum, tiada pemberontakan dan tiada penindasan agama. 


Islam menjadi agama rasmi di sini dan agama lain boleh diamalkan secara bebas. Tidak seperti di negara2 lain seperti Myanmar,Selatan Thai, philippine dan bnyak lagi yg sering berlaku keganasan dan pemberontakan.
Baru-baru ni kita dikejutkan dgn penindasan umat ISLAM di Myanmar.


1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersame dgn jemaah ketika menunaikan solat3) 60 buah kampung islam di bakar... 4) wanita dirogol sampai mati5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingge di baham anjing26) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam7) sesiape yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjare


Adakah anda mahu ini berlaku di Malaysia?? Kita merasa bersimpati atas ape yg berlaku di sana, dan aku disini dan kita umat islam di Malaysia hanya mampu berdoa untuk mereka yg sesaudara dgn kita. 

Saya ambil petikan ini dr sorang hamba Allah:

"Satu masa dulu Umat kita paling kuat, sekarang kita ditindas tak sudah-sudah.
APA YANG MEMBUAT KAU DAN AKU LUPA?
Adakah makan kita cukup,tidur kita hangat, keluarga2 kita xdibunuh?"

Bersyukur lah dengan apa yg kita ada sekarang di MALAYSIA. Ingat bangsa kita,agama kita mampu menjadi lagi kuat dr mereka yg menzalimi ISLAM. Kita mampu melawan tindakan2 mereka jika KITA BERSATU..

Harapan dan nasihat aku Jangan jdikan Malaysia mcm negara lain, jangan hancurkan negara yg aman sekarang demi kepentingan politik, jangan merusuh,memberontak oleh kerana apa yg kita nak takdapat. Islam tidak mengajar kita menjaatuhkan negara islam selagi umat islam,agama islam tidak ditindas. Selagi umat islam di Malaysia tidak dibunuh,di siksa,di rogol  mcm di Myanmar jgn hancurkan keamanan ini.

Dan aku juga berharap dan berdoa MALAYSIA tak kan jd mcm tu. 
Sayanglah Malaysia jgn sampai negara ni jatuh ketangan kafir-kafir yg beria-ia mahu menjatuhkan ISLAM di Malaysia dan mereka sanggup bekerjasama dgn org islam sendiri yg mahu cita-citanya tercapai iaitu untuk menjadi PM.
Jgan jadi bodoh oleh kerana seorang manusia juga yg tidak perfect, dan sanggup melakukan ape saje demi diorang walaupon negara tergadai,agama dihina dan dipijak.

KITA MAMPU TERSENYUM!!

Saturday, July 21, 2012

Bulan Keberkatan bagi Islam dan UmatNYA.

Assalamualaikum.. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan kita ni. Rasa baru semalam kita sambut syawal dah Ramadhan balik. Sungguh cepat masa berlalu dan semakin cepat jugak lah masa kita untuk meninggalkan dunia ini.

Alhamdulillah akhirnya aku dapat jugak merasai ramadhan tahun ini,Terima kasih Allah kerna masih lagi memebri aku nafas untuk aku terus mengerjakan suruhan MU di bulan yg penuh keberkatan ini.

Setiap amalan dan kelakuan dibulan ini amat besar ganjaran nya.So marilah kita ramai2 berlumba untuk mengerjekan ibadah dan suruhanNYA.

Teringat ramadhan yg lalu, ketika kami rakan sekelas meraikan ramadhan dengan penuh kegembiraan. Kami sepakat untuk berbuka bersama di padang depan ISTANA KEHAKIMAN di Putrajaya. Lepas balik dr class aku blik rumah dan siap2 untuk ke bazar ramadhan di present 2 Putrajaya. Kiteorng semua berjumpa disana dan mencari juadah untuk berbuka. Detik itu tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Teringat telatah members aku yg mempunyai pelbagai gelagat. Dan waktu tu jugak hari kemerdekaan dah dekat so waktu tu aku mngambil kesempatan untuk merakan video sempena bulan kemerdekaan..mcm2 jwpan dr diorng aku dpt berkenaan merdeka.

Dan siapa sangka tahun ini kami semua telah dikejut kkan dengan pemergian seorang kawan kami iaitu Amiruddin. Dia terbabit dlm kemalangan dan telah meninggal dunia. Kesedihan yg xdpt aku gambarkan. Klau tahun lepas kita orng berbuka bersama tahun ni dia xdpt mnyambut bulan ramadhan bersama kita org..
Al-Fatihah buat beliau....

Harapan aku ramadhan tahun ni ialah aku harap aku dapat mngumpul sebanyak mungkin pahala dan insyallah try untuk melakukan ibadah dibulan yg penuh keberkataan ini.
Kpd korang semua marilah sama-sama buat yg terbaik dlm bulan yg terbaik ini. Moga-moga kita dpt keberkatan dr Nya, insyallah.

Akhir kata dr sy
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"

Wednesday, July 18, 2012

Sejadah dibentangkan

Sebelum Sejadah Dibentangkan……. Assalamualaikum. Menitis air mata aku bile mengenangkan dosa-dosa yg aku pernah lakukan. Tapi itulah ia insaf hanya sekejap esoknya kita melakukan dosa lain pulak. Bila keinsafan tiba-tiba datang dan kita try berjanji untuk tidak mengulanginya lagi dan berharap setiap ape dosa yg kita nk buat xakan kita lakukan, tetapi semngat dan ape yg diinginkan itu hanyalah sementara sahaja. Tidak terkira dosa yg pernah aku lakukan semenjak aku baligh lagi dan jugak boleh dikira ape kebaikan yg aku buat. Aku tahu aku bukan seorang hamba yg menurut segalah perintahNya tetapi aku try setaip kali untuk berubah tetapi ianya hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Setiap manusia ade keburukanya dan manusia itutidah perfect itulah ungkapan yg sering kluar drpd mulut setiap manusia termasuk diri aku sendiri. Untuk menjadi perfect ianya amatlah sukar. Aku kadang2 terpikir dah brape kali aku tinggalkan solat subuh dan solat-solat yg lain?? Dan bile sejadah ini mahu dibentangkan untuk aku menunaikan solat 5kali sehari tanpa meninggalkan 1 pun solat? -Subuh adelah solat yg selalu aku skip ini kerana aku memang susah nk bangu waktu pagi. Aku tahu ia satu dosa dan aku try set kan alarm jam tp I can’t! Adakah ini menunjukkan iman aku lemah selemah jiwa aku? Kalau aku duk rumah mak/ayah or nenek aku akan kejutkan aku solat subuh tp bile dah berasingan ia memenag sukar dilakukan. Kadang-kadang aku terpikir setiap kali solat subuh ditinggalkan kita akan berada dalm nenraka selama puluhan tahun, dan aku xtahu untuk menghitung dah berapa lama aku xsolat subuh? -Solat zohor,asar,maghrib Alhamdulillah aku jarang tinggalkan solat-solat ini.Walaupun kadangkala kemalas itu muncul tp aku cuba untuk solat. -Isyak solat terakhir yg sememangnya waktunya amat lama senhingga subuh keesokan harinya. Alhamdulillah aku lepas balik rumah, mandi dan solat.. Sebelum Sejadah dibentangkan untuk aku solat aku mahu dan berharap yg aku akan berubah kearah yg lebih baik dari sekarang.Dan aku juga berharap tuhan Allah s.w.t memeberikan aku petunjuk dan menguatkan iman aku dr nafsu dan godaan syaitan. Aku tahu iman aku lemah untuk melawan nafsu yg sering berkuasa. Dan aku berharap bila aku berada diatas sejadah aku dpat berdoa dan berharap Allah memakbulkan doa aku. ~sesungguhnya aku seorang hamba yg lemah. “INGATLAH KAMU SETIAPKALI SOLAT YG INI ADALAH SOLAT YG TERAKHIR.”