Friday, July 27, 2012

Kita Masih Mampu Smile!

Assalamualaikum.


Syukur Alhamdulillah aku di lahirkan di bumi bertuah ini Malaysia. Negara yg aman dan damai, dan paling penting kita masih mampu senyum dan ketawa. Ini kerana diri merasa bangga,bertuah berada dlm negara yg aman tiada pergaduhan kaum, tiada pemberontakan dan tiada penindasan agama. 


Islam menjadi agama rasmi di sini dan agama lain boleh diamalkan secara bebas. Tidak seperti di negara2 lain seperti Myanmar,Selatan Thai, philippine dan bnyak lagi yg sering berlaku keganasan dan pemberontakan.
Baru-baru ni kita dikejutkan dgn penindasan umat ISLAM di Myanmar.


1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersame dgn jemaah ketika menunaikan solat3) 60 buah kampung islam di bakar... 4) wanita dirogol sampai mati5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingge di baham anjing26) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam7) sesiape yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjare


Adakah anda mahu ini berlaku di Malaysia?? Kita merasa bersimpati atas ape yg berlaku di sana, dan aku disini dan kita umat islam di Malaysia hanya mampu berdoa untuk mereka yg sesaudara dgn kita. 

Saya ambil petikan ini dr sorang hamba Allah:

"Satu masa dulu Umat kita paling kuat, sekarang kita ditindas tak sudah-sudah.
APA YANG MEMBUAT KAU DAN AKU LUPA?
Adakah makan kita cukup,tidur kita hangat, keluarga2 kita xdibunuh?"

Bersyukur lah dengan apa yg kita ada sekarang di MALAYSIA. Ingat bangsa kita,agama kita mampu menjadi lagi kuat dr mereka yg menzalimi ISLAM. Kita mampu melawan tindakan2 mereka jika KITA BERSATU..

Harapan dan nasihat aku Jangan jdikan Malaysia mcm negara lain, jangan hancurkan negara yg aman sekarang demi kepentingan politik, jangan merusuh,memberontak oleh kerana apa yg kita nak takdapat. Islam tidak mengajar kita menjaatuhkan negara islam selagi umat islam,agama islam tidak ditindas. Selagi umat islam di Malaysia tidak dibunuh,di siksa,di rogol  mcm di Myanmar jgn hancurkan keamanan ini.

Dan aku juga berharap dan berdoa MALAYSIA tak kan jd mcm tu. 
Sayanglah Malaysia jgn sampai negara ni jatuh ketangan kafir-kafir yg beria-ia mahu menjatuhkan ISLAM di Malaysia dan mereka sanggup bekerjasama dgn org islam sendiri yg mahu cita-citanya tercapai iaitu untuk menjadi PM.
Jgan jadi bodoh oleh kerana seorang manusia juga yg tidak perfect, dan sanggup melakukan ape saje demi diorang walaupon negara tergadai,agama dihina dan dipijak.

KITA MAMPU TERSENYUM!!

Saturday, July 21, 2012

Bulan Keberkatan bagi Islam dan UmatNYA.

Assalamualaikum.. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan kita ni. Rasa baru semalam kita sambut syawal dah Ramadhan balik. Sungguh cepat masa berlalu dan semakin cepat jugak lah masa kita untuk meninggalkan dunia ini.

Alhamdulillah akhirnya aku dapat jugak merasai ramadhan tahun ini,Terima kasih Allah kerna masih lagi memebri aku nafas untuk aku terus mengerjakan suruhan MU di bulan yg penuh keberkatan ini.

Setiap amalan dan kelakuan dibulan ini amat besar ganjaran nya.So marilah kita ramai2 berlumba untuk mengerjekan ibadah dan suruhanNYA.

Teringat ramadhan yg lalu, ketika kami rakan sekelas meraikan ramadhan dengan penuh kegembiraan. Kami sepakat untuk berbuka bersama di padang depan ISTANA KEHAKIMAN di Putrajaya. Lepas balik dr class aku blik rumah dan siap2 untuk ke bazar ramadhan di present 2 Putrajaya. Kiteorng semua berjumpa disana dan mencari juadah untuk berbuka. Detik itu tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Teringat telatah members aku yg mempunyai pelbagai gelagat. Dan waktu tu jugak hari kemerdekaan dah dekat so waktu tu aku mngambil kesempatan untuk merakan video sempena bulan kemerdekaan..mcm2 jwpan dr diorng aku dpt berkenaan merdeka.

Dan siapa sangka tahun ini kami semua telah dikejut kkan dengan pemergian seorang kawan kami iaitu Amiruddin. Dia terbabit dlm kemalangan dan telah meninggal dunia. Kesedihan yg xdpt aku gambarkan. Klau tahun lepas kita orng berbuka bersama tahun ni dia xdpt mnyambut bulan ramadhan bersama kita org..
Al-Fatihah buat beliau....

Harapan aku ramadhan tahun ni ialah aku harap aku dapat mngumpul sebanyak mungkin pahala dan insyallah try untuk melakukan ibadah dibulan yg penuh keberkataan ini.
Kpd korang semua marilah sama-sama buat yg terbaik dlm bulan yg terbaik ini. Moga-moga kita dpt keberkatan dr Nya, insyallah.

Akhir kata dr sy
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"

Wednesday, July 18, 2012

Sejadah dibentangkan

Sebelum Sejadah Dibentangkan……. Assalamualaikum. Menitis air mata aku bile mengenangkan dosa-dosa yg aku pernah lakukan. Tapi itulah ia insaf hanya sekejap esoknya kita melakukan dosa lain pulak. Bila keinsafan tiba-tiba datang dan kita try berjanji untuk tidak mengulanginya lagi dan berharap setiap ape dosa yg kita nk buat xakan kita lakukan, tetapi semngat dan ape yg diinginkan itu hanyalah sementara sahaja. Tidak terkira dosa yg pernah aku lakukan semenjak aku baligh lagi dan jugak boleh dikira ape kebaikan yg aku buat. Aku tahu aku bukan seorang hamba yg menurut segalah perintahNya tetapi aku try setaip kali untuk berubah tetapi ianya hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Setiap manusia ade keburukanya dan manusia itutidah perfect itulah ungkapan yg sering kluar drpd mulut setiap manusia termasuk diri aku sendiri. Untuk menjadi perfect ianya amatlah sukar. Aku kadang2 terpikir dah brape kali aku tinggalkan solat subuh dan solat-solat yg lain?? Dan bile sejadah ini mahu dibentangkan untuk aku menunaikan solat 5kali sehari tanpa meninggalkan 1 pun solat? -Subuh adelah solat yg selalu aku skip ini kerana aku memang susah nk bangu waktu pagi. Aku tahu ia satu dosa dan aku try set kan alarm jam tp I can’t! Adakah ini menunjukkan iman aku lemah selemah jiwa aku? Kalau aku duk rumah mak/ayah or nenek aku akan kejutkan aku solat subuh tp bile dah berasingan ia memenag sukar dilakukan. Kadang-kadang aku terpikir setiap kali solat subuh ditinggalkan kita akan berada dalm nenraka selama puluhan tahun, dan aku xtahu untuk menghitung dah berapa lama aku xsolat subuh? -Solat zohor,asar,maghrib Alhamdulillah aku jarang tinggalkan solat-solat ini.Walaupun kadangkala kemalas itu muncul tp aku cuba untuk solat. -Isyak solat terakhir yg sememangnya waktunya amat lama senhingga subuh keesokan harinya. Alhamdulillah aku lepas balik rumah, mandi dan solat.. Sebelum Sejadah dibentangkan untuk aku solat aku mahu dan berharap yg aku akan berubah kearah yg lebih baik dari sekarang.Dan aku juga berharap tuhan Allah s.w.t memeberikan aku petunjuk dan menguatkan iman aku dr nafsu dan godaan syaitan. Aku tahu iman aku lemah untuk melawan nafsu yg sering berkuasa. Dan aku berharap bila aku berada diatas sejadah aku dpat berdoa dan berharap Allah memakbulkan doa aku. ~sesungguhnya aku seorang hamba yg lemah. “INGATLAH KAMU SETIAPKALI SOLAT YG INI ADALAH SOLAT YG TERAKHIR.”