Monday, February 27, 2012

(Dunia Remaja Lelaki)-Mimpi Basah?


Kenapa budak lelaki tiba-tiba meninggi? 
Budak lelaki mula meninggi beberapa tahun selepas budak perempuan. Mereka boleh meninggi dengan mendadak sekitar umur 12 atau 13 setiap tahun. Ia mula memuncak semasa umur 14 apabila budak lelaki boleh membesar sehingga 4 inci setiap tahun! Pada masa ini, kamu mula terpaksa mendongak hanya untuk bercakap dengan mereka. Mereka juga mungkin akan tampak lebih kacak. Lengan dan kaki mereka akan menjadi lebih panjang, dan bolehlah mereka bermain bola keranjang dengan mudah. Sama seperti gadis muda, tahap tinggi hormon pertumbuhan dan sedikit estrogen yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan mendadak ini. Iya, budak lelaki pun ada estrogen juga. Tapi mereka mempunyai lebih testosteron yang membuatkan mereka lebih keras dan agresif. Masa ini, mereka mudah bergaduh dan sukakan sukan lasak.
Apa yang membuatkan suara adik lelaki saya berubah?
Kamu mungkin menggelakkan kawan lelaki kamu yang suaranya halus dan kecil bila kamu berumur 9 atau 10 tahun. Namun ketahuilah yang ia tidak akan kekal lama dan tanpa kamu sedari, kamu mungkin tidak dapat mengecam suaranya lagi. Peti suara atau larinks yang terdapat di tekak kita, membuka paru-paru kita dan dilapisi oleh dua struktur nipis dalam pembukaannya yang bertindak seperti langsir. Struktur ini merupakan pita suara dan ia bergerak ke depan dan ke belakang apabila kamu bercakap dan menyanyi. Minta adik lelaki kamu untuk panjangkan lehernya apabila dia mendongak ke atas. Bengkak pada pertengahan lehernya ialah sesuatu yang dipanggil halkum yang merupakan bahagian hadapan peti suara atau larinks. Apabila budak lelaki membesar kira-kira umur 13 atau 14, testosteron membuatkan pita suara menjadi lebih tebal dan besar. Ia juga membuatkan peti suara menjadi semakin panjang dan menyebabkan bengkak ini lebih kelihatan. Pita suara yang tebal bergerak perlahan dan apabila ini terjadi, suara menjadi lebih garau.
Apa itu testosteron?
Testosteron merupakan hormon lelaki yang dibebaskan oleh organ seks lelaki yang dipanggil testis. Testosteron mula meningkat semasa baligh apabila hormon perangsang merangsang testis untuk mula menghasilkan testosteron. Testosteron membuatkan penis seorang budak lelaki menjadi besar. Ia juga menyebabkan skrotum bertukar rupa membuatkan ia lebih berkedut dengan warna yang lebih gelap. Apabila testosteron memuncak, testis semakin besar dan mula menghasilkan sperma. Masa inilah budak lelaki mula berminat dengan perempuan dan seks. Mereka mula mempunyai geng mereka sendiri dan kurang bergaul dengan perempuan. Mereka kelihatan lebih aktif dan agak ganas. Mereka juga mula melibatkan diri dengan sukan seperti bola sepak ataupun gusti dan menyukainya!
Apakah bahagian organ seks lelaki?
Yang paling popular tentulah penis dan bentuk panjangnya yang melekat pada tubuh lelaki. Ia membesar dalam kepanjangan dan saiz apabila testosteron meningkat ketika baligh. Penis merupakan tempat di mana sperma keluar ketika seks. Ia merupakan organ seks lelaki yang bersentuhan dengan vagina ketika seks.
Skrotum merupakan pundi berwarna gelap atau kemerah-merahan yang terletak di bawah penis lelaki. Skrotum mengandungi testis atau apa yang mereka selalu panggil sebagai “telur”. Skrotum tergantung di luar tubuh untuk membuatkan testis sejuk. Suhu yang sejuk adalah penting untuk memastikan kualiti sperma yang dihasilkan oleh testis adalah bagus.
Testis merupakan struktur bulat dan teguh yang dijumpai di dalam skrotum. Ia menghasilkan sperma dan hormon seks seperti testosteron dalam budak lelaki dan lelaki dewasa.
Apa itu mimpi basah?
Apabila budak lelaki mula mencapai kematangan seksual, mereka mula mendapat mimpi basah. Mimpi basah sebenarnya mimpi yang terdapat tindak balas ejakulasiapabila cecair jernih berjeli air main terpancut daripada penis. Ia biasanya berlaku semasa tidur. Dan biasanya mereka juga tidak tahu yang ia telah berlaku, sehinggalah mereka terjaga dari tidur. Mendapat mimpi basah merupakan satu tanda yang budak lelaki itu makin dekat melangkah ke alam dewasa secara fizikal.
Ejakulasi
Semasa ejakulasi, saraf menghantar signal kepada testis untuk mula membebaskan sperma di luar badan. Semasa tahap awal ejakulasi, sperma bercampur dengan cecair daripada kelenjar prostat danseminal vesikel. Struktur ini biasanya dijumpai hanya pada lelaki. Kelenjar prostat yang berbentuk buah berangan ini terletak berdekatan pundi kencing. Seminal vesikel pula merupakan tiub senget yang terletak di belakang pundi kencing. Cecair daripada kelenjar prostat dan seminal vesikel memberikan perlindungan dan zat terhadap sperma sebaik sahaja ia dipancutkan keluar. Cecair ini juga mengandungi protein istimewa dan vitamin untuk menyediakan sperma terhadap dunia luar yang akan dijumpainya sebaik sahaja ia dibebaskan ke dalam vagina.
Ereksi 
Ia terjadi apabila penis menjadi keras dan tegang. Apabila seorang lelaki menjadi ghairah, otak menghantar signal ke saraf-saraf dalam tubuhnya dan menyebabkan berlakunya ereksi. Aliran darah semakin meningkat di penis dan ia menyebabkan otot-otot penis mengembang membuatkan penis semakin besar dan panjang. Ereksi tidak hanya berlaku apabila seorang lelaki itu ghairah. Pundi kencing yang penuh dan emosi yang memuncak juga boleh menyebabkan ereksi.
Semen 
Semen ataupun air mani merupakan cecair putih yang keluar daripada penis semasa pancutan. Ia mengandungi sperma dan cecair yang keluar dari kelenjar prostat dan vesikal semen. Apabila seorang budak lelaki mula mengeluarkan air mani semasa baligh, semen mereka tidak semestinya mengandungi sperma lagi. Sekiranya ada, bilangan sperma mungkin terlalu sedikit dan mungkin juga belum cukup sihat. Semen juga mungkin kelihatan seperti jeli dan lutsinar atau jernih. Selepas dua tahun dari pancutan pertama, semen mungkin mengandungi lebih banyak sperma yang sihat untuk membuatkan seorang wanita itu hamil.
Sperma
Gadis muda membebaskan telur dalam tubuh mereka sementara budak lelaki pula menghasilkan sperma. Sementara wanita hanya mengeluarkan satu telur pada satu masa, lelaki muda membebaskan berjuta-juta sperma setiap kali mereka mengeluarkan air mani! Tapi hanya satu sperma sahaja yang akan berjaya bergabung dengan telur. Kamu perlukan peralatan seperti mikroskop untuk melihat sperma. Ini kerana ia tersangatlah halus dan kelihatan seperti berudu dengan kepala bulat dan ekornya. Ekornya bergerak pantas dari kiri ke kanan membuatkan ia kelihatan seperti berudu yang sedang berenang-renang.

Sunday, February 26, 2012

Mengapa Doa Ku Belum Dimakbulkan??

Doa?
Kenapa?
Takde satu pun yg tertunai?

Assalamualaikum..

Korang semua mesti pernah berdoakan?Mustahilah kalau korang xpernah berdoa sepanjang hidup korang..Tapi adekah doa korang yg selama ini hari2 korang doa ianya tertunai?Ade yg ditunaikan dan ade juga tidak.
Aku sering jugak tertanya-tanya kenapa doa aku yg dah berapa lama aku mintak tp belum lagi menjadi realeti dan ia belom ditunaikan.

Dari sekolah aku berdoa agar aku dapat full A's dlm semua exam but ianya xjadi sampai lah sekarang.Aku mintak setiap kali ake lepas solat,kadang2 solat hajat tp benda tu mcm xde yg berubah.Adekah Allah tidak mendegar doa aku?Ape yg aku mintak?Atau Allah tidak mahu aku dpt ape yg aku nak selama ni?

Ade org kata,Berdoa shja xjadi jugak kite perlu berusaha.Ya betul salamani pon aku ade jgak berusaha utk dptkan ape yg aku nak tp aku akui yg usaha aku itu xdelah keras sangat ianya sekadar dan satakat yg aku mampu sja.Usaha itu tangga kejayaan kan kan?

Dan ade jugak somepeople kata Doa Ibu lebih baik dan cepat dimakbulkan.Aku sering bagi tau mak aku agar selalu doakan aku dan aku percaya bahawa mk aku sering doa kan aku dunia dan akhirat.

Maybe doa aku dan ibu aku Allah belum mahu makbulkan lagi kerna klau ianya dimakbulkan nescaya aku mungkin berhenti untuk berdoa dan akan lupakan Nya.Aku tau bahawa ALLAH lebih mengetahui dan Ia maha Pengetahui..

Aku berharap bile one day doa itu dimakbulkan aku tidak akan lupakan ALLAH..dan Aku berharap setiap masa aku akan selalu ingatkan-NYA dan bukanya tika susah shja.

Ya Allah ko makbulkan lah doa hamba-Mu ini........

Monday, February 20, 2012

Kenapa??

Assalamualaikum..

Hai semua.mcmne dgn hari korang pd bulan February ni.Adakah semua nya ok ok jew.Aku berharap februari memberi sesuatu ygbermakna bagi aku same dgn korang semua.

Today i just want writte about me and ini aku sering tertanya-tanya KENAPA??
Aku sering tengok member-member aku semua nya perfect,sama jugak budak-budak lain kat luar sana.Tapi KENAPA tidak aku??
Aku bukanya xbersyukur dgn kurnian Allah terhadap aku ,tapi sifat untuk menjadi perfect itu sering bermain-main on my mind.

Who know me there know who I am.
When i saw my friends and others boy i think why me not like them?
Why I'm so skinny?
What happnd with my voice?
Why aku not like others boys?
Why..
Why?

I'm also not smart like my sister and brother.
no Girldfriend..
and who wanted me to be thiere couple?
Aku xhensem and my body sooo kecik.
Why so many not perfect thing i need  to handle..

I try to be like ordinary boy but i can't.
my dream is, i just want my body's like another boys.a little fat.and I want every one look at me the same as de ordinary boy.
no more WeightGain,
no more keding,
no more kecik ...

Monday, February 13, 2012

Kawan Bukan Lawan.

Assalamualaikum...

Harini aku inging membincangkan isu kawan.

Di dunia ni semua org ade kawan.Xkira lah miskin,kaya,tua,muda,pompuan atau lelaki.

Tapi amat sedih bile seseorang yg dianggap teman sejati akhirnya menghancurkan 'Persahabatan' antara kita dan dia.

"Tak sangka dia buat aku macam ni.Aku anggap dia tu kawan yg betul-betul ikhlas ...tapi,kenapa dia tikam aku dr belakang?"

Korang pernah tengok LASKA PELANGI tak.Cerita yg mengisahkan 10org pelajar miskin mengharumi kesusahan utk mendapatkan ilmu menambahkan lagi keutuhan ukhuwah dlm kalangan mereka.Mereka diuji dlm kehidupan mereka dgn kemiskinan dan kepayahan sepanjang melalui dunia sebagai seorang pelajar.

Dalam filem ni ingin ditonjolkan elemen ukhuwah dan perjuangan menuntut ilmu..

Dalam dunia hari ini,adakah masih wujud masyarakat yg sama-sama mengejar kejayaan seiring dgn persahabatan??
Semua org berlumba-lumba utk mencari kehidupan sama ada dlm dunia pengajian atau alam pekerjaan..

Kalau korang nk tau,KEMANISAN PERSAHABATAN hanya dpt dirasai bile kita ditimpa kesusahan dalam meneruskan perjalanan sebuah kehidupan.Ada tangan yg menghulur utk mengurangkan kesusahan yg kita alami an tangan itu adelah tangan SAHABAT kita.

Biasanya kwn baik kita yg selalu menikam kita dr belakang.Kita mempercayainya 100% sehingga cerita dlm kain pun kita berkongsi bersama.Sebab itu sahabatkarib itu boleh menjadi musuh paling berbisa drpd musuh yg kita ade sebelumnya..

Maka dengan itu,jagalah hubungan persahabat kita ini agar ia tidak musnah dek kerana hasad dengki,irihati,dll.

Akhir kata dr saya...

I love My Friends...

Friday, February 10, 2012

Suatu Ketika Dahulu.

Assalamualaikum pembuka bicara..cehhwahh!!

Wookk dah lama giler tak update blog.Biasalah busy je memanjang..
Ok tadi waktu aku duk lepak dgn member aku Fahmi tiba-tiba kiteorang terborak waktu zaman dulu-dulu time sekolah.Best lah bile mengenang waktu sekolah dulu.Kiteorang citer pengalaman pahit dan manis, suka dan duka di sekolah dulu.

Hiasan..
Bile dah bercerita semua kenangan dulu mengukir senyuman buat aku dan fahmi.Macam mane time sekolah rendah waktu firstime gi camp.Pengalam bile time sukan,
"weh ko main ape time sukan kat sekolah dulu?"
Angkat berat ke??kahkah.....Lari dlm guni ke??

Rase mcm baru semalam aku habis sekolah.Dan mcm semalam jugak aku rase main kejar2 dgn kawan-kawan,best wookk time sekolah dulu.
Lepas tu teringat pulak bile gi camp motivasi UPSR.Waktu tu penceramah datang and die cerita sedih..

"Cuba bayangkan kalau awk balik dr camp ni nanti awak tengok selipar banyak depan umah awak.Bile masuk je awak nampak kedua ibubapa awak sedang dikafan kan."
(Time tu semua budak nangis termasuk lah aku.)Bagaimana nak balas jasa kedua ibubapa kite!! huhuuu sedih..
SEKATAR GAMBAR HIASAN

Aku teringin sangat kalau dpt diundurkan balik masa aku nk sangat kembali ke zaman persekolah aku.Jujur aku katakan sekolah lagi best dr korang keje,blajar kat U..
Kerana suasana disekolah ceria xde banyak stress and korang sentiasa ceria dgn member korang.

Kenangan waktu sekolah rendah tak akan aku lupakan sampai bile2..Terutama aku dihukum dgn member2 aku kat kantin waktu sekolah dulu mengajar aku erti kehidupan...

I Love the school year...
And i hope member-member aku yg kat sekolah rendah dulu dpt jumpe balik and buat reunion...